Skip to main content

Pengalaman Dikuarantin Hari ke 17 .

Assalamualaikum semua  :)  . Berjumpa lagi kita pada kali ini di blog saya yang bertajuk "Pengalaman Dikuarantin Hari ke 17". Kepada yang baru singgah di blog saya , korang pasti terlepas blog saya yang pertama iaitu "Kerja part time sambil belajar" . Oleh itu , dipersilakan singgah   https://nurulsyazasyamimii.blogspot.com/ untuk membacanya  :) . 

Pada hari ini , saya ingin menceritakan pengalaman dikuarantin selama 17 hari bermula 18 Mac lalu sehingga ke hari ini atas arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan . Kerajaan telah mengeluarkan arahan yang dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu  sehingga 30 Mac 2020 . Namun , PKP diteruskan lagi sehingga 14 April 2020 . Hal ini kerana penularan COVID - 19  yang melanda negara . Huhuhu lama kann ? Makin bertambahlah berat badan macam ini , hm . Tapi takpe , demi negara , saya sanggup duduk rumah dan tambah lemak . Hehehe .  

Sejujurnya , sampai ke hari ini terdapat segelintir masyarakat yang masih berdegil untuk keluar rumah  walaupun  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah turun padang  bagi membantu polis menghalang masyarakat  keluar dari rumah . Ishhh  kenapalah susah sangat nak ikut arahan ni ? Kita sepatutnya  duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian  jangkitan COVID - 19 ni . Kalau bukan kita yang  mulakan , siapa lagi ? Antara alasan yang seringkali diberikan ialah ingin bersukan , bekerja dan ada juga yang memancing . Kepada awak - awak semua ini , dah kenapa ???  Awak fikir awak seorang saja yang bosan duduk rumah ??? yang menulis blog ni pun bosan jugakk oii . Tetapi , sebosan - bosan saya , takdelah nak keluar rumah ambil angin or lepak - lepak . Takut nanti terkena jangkitan haa niaya diri sendiri hm . Mana taknya , buka phone , scroll Instagram , WhatsApp , Twitter then repeat hm . Haa korang yang membaca tu tengah buat apa ? Ada dekat mana tu ? Duduk rumah diam - diam tauu jangan degil keluar rumahhh . Hehehe .

Selain dari  membuka phone dan bermedia sosial , saya tidak lupa menyelesaikan kerja sekolah . Haa ni lagi satu nak bagitahu ni . Semenjak PKP ni , kami sebagai pelajar tidak lari dari "online class" yang dilaksanakan oleh cikgu . Media sosial lah yang menjadi sekolah kedua kami pada waktu - waktu begini . Menjadi sejarah dalam hidup saya apabila belajar "online" ni . Cikgu menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram sebagai  tempat mencurahkan ilmu kepada anak muridnya . Pada pendapat saya tindakan ini sedikit sebanyak mengisi masa lapang para pelajar dengan perkara yang berfaedah . Saya pasti korang  juga mempunyai "online class" bersama cikgu korang kan ? Haa macam mana kelas tu ? Best ke tidak ? Korang lebih suka sembang dengan cikgu di media sosial atau sembang face to face ? Hahahahaha . Tetapi bagi saya , saya lebih suka sembang face to face dengan cikgu … 

Seterusnya , saya juga meluangkan masa bersama kawan – kawan dengan menggunakan video call . Sejujurnya , saya sangat merindui kawan – kawan saya . Inilah cara paling terbaik untuk melepaskan rindu selain daripada lepak dan keluar dari rumah . Cuba korang bayangkan duduk rumah selama berminggu – minggu and tak dapat lepak dengan member ??? It hurtsss , here in my meow meow huwaaaaa . Sob sob . Ok done drama HAHAHA . Terdapat juga banyak permainan yang tercipta di media sosial sejak PKP ni  . Antaranya ialah kuiz , bingo , describe orang di aplikasi Whatsapp  , post gambar buruk di Instagram HAHAHA dan yang paling best ialah kemunculan semula games Plato .

Harapan saya semoga pandemic COVID – 19 ni dapat dibendung sebelum ketibaan  Hari Raya Aidilfitri . Semoga seluruh dunia kembali aman tanpa wabak penyakit , Aamiin . Itu sahaja daripada saya . Assalamualaikum dan stay safe everyone !

#stayathome
#kitajagakita
#preventionisbetterthancure




Comments